Back

10 Kedai Tayar Best di Shah Alam

Posted by: Admin Mysejiran    Published at: 25/06/2022

1. Maxipura Continental Tyre & Services

Terletak di Seksyen 16, Maxipura Continental Tyre & Services menawarkan perkhidmatan penjualan tayar baharu dan tayar terpakai untuk semua jenis kereta. Di sini pelbagai jenis tayar boleh dipilih. Dari jenis biasa hingga ke jenis premium termasuk Pirelli, Michelin, Bridgestone, Hankook, Continental, Goodyear, RX Motion, Laufenn dan Atlas. Untuk penukaran tayar, servis pemasangan dan balancing adalah percuma. Jika tukar 4 biji tayar sekaligus, servis alignment tayar diberikan secara percuma.

Apa yang best tentang kedai tayar ini ialah adanya perkhidmatan pick up dan penghantaran. Datang ke kedai, selesai perbincangan boleh lah tinggalkan kenderaan untuk diselenggarakan. Bila dah selesai, staf akan hantar kereta anda ke tempat yang ditetapkan. Jika mahukan staf datang ambil kenderaan untuk kerja penyelenggaraan pun boleh. Buat sahaja temujanji untuk dapatkan perkhidmatan penyelenggaraan tayar kereta anda di sini.

Alamat: No. 15, Jalan Jemuji 1, Lorong 16/13a, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin (9.00 – 5.00), Selasa – Sabtu (9.00 – 7.00), Ahad (tutup).

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0173392758

Whatsapp Maxipura


2. Lim Tyre Seksyen 13

2

Terletak di Seksyen 13, kedai tayar ini merupakan salah satu outlet Lim Tyre yang memang popular di Malaysia. Outlet ini menawarkan perkhidmatan penjualan tayar baharu dan penyelenggaraan tayar sedia ada. Mekanik di sini memang terlatih dan mahir dalam bab-bab tayar. Selalunya semua masalah tayar dikendalikan dengan baik dan memuaskan.

Apa yang best tentang kedai tayar Lim Tyre ialah ada banyak pakej dan promosi seperti diskaun untuk pemegang kad kredit, pelanggan syarikat insurans, selain mempunyai pakar tayar yang profesional. Dengan reputasi terbaik yang dimiliki Lim Tyre sememangnya anda tidak akan risau tentang kualiti perkhidmatan yang diberikan. Caj perkhidmatan agak premium tetapi berbaloi dengan tahap kepuasan yang diperoleh pelanggan.

Alamat: 43, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9.00 – 6.00 (Isnin-Sabtu), 9.00 – 5.30 (Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0355193018


3. Continental PJT Tyre Service Sdn Bhd

Terletak berhampiran dengan Persiaran Kerjaya, Continental PJT Tyre Services Sdn Bhd ada menjual pelbagai jenis tayar sesuai dengan kenderaan anda. Perkhidmatan penyelenggaraan tayar seperti pemeriksaan paras angin atau menampal tayar bocor boleh dilakukan segera. Untuk perkhidmatan penukaran tayar, tidak perlu risau kerana di sini ada stok tayar yang banyak, dan sesuai mengikut spesifikasi kenderaan anda.

Apa yang best di sini ialah terdapat banyak pilihan spot rim terkini dan bergaya memenuhi citarasa pemilik kenderaan. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah antara yang murah berbanding kedai tayar lain. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepantasan mekanik menyiapkan kerja.

Alamat: No. 21, Jalan Penghulu, Jalan Penyelenggara U1/73, Taman Perindustrian Batu Tiga, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 8.30 – 7.00 (Isnin-Sabtu), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0378753498


4. TyrePlus 

Terletak di Seksyen 15, kedai tayar TyrePlus menawarkan perkhidmatan berkualiti dengan jaminan kepuasan pelanggan. Kalau nak tahu, jenama TyrePlus dah lama ada di Malaysia dan ada banyak cawangan termasuklah di Shah Alam. Kebanyakan pemeriksaan dilakukan oleh mekanik profesional menggunakan kepakaran secara manual atau automatik sepenuhnya.

Apa yang best di sini ialah ruang bengkel yang luas dan selesa. Di ruangan menunggu disediakan kemudahan untuk berehat lengkap dengan pendingin hawa dan bahan bacaan. Caj perkhidmatan agak premium tetapi berbaloi dengan jaminan kepuasan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Alamat: Lot 53, Jalan Utas 15/7, Section 15, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9.00 – 7.00 (Isnin-Sabtu), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0355101689


5. TMK Rawang Tyre & Auto Service (Shah Alam) Sdn Bhd 

Terletak di Seksyen 20, TMK Rawang Tyre & Auto Service (Shah Alam) Sdn Bhd adalah salah satu cawangannya yang ada di Semenanjun Malaysia. Bertapak sejak 20 tahun lalu, kedai tayar ini menawarkan perkhidmatan penyelanggaraan dan penukaran tayar dengan kualiti terbaik dan memuaskan. Selain tayar, pelbagai jenis dan saiz rim tayar pun ada sesuai untuk kenderaan biasa atau jip 4X4.

Apa yang best di kedai tayar ini ialah skala dan kapasiti kedai yang besar, mempunyai stok tayar pelbagai jenis mengikut kehendak pelanggan. Pemberian diskaun pun ada untuk setiap pembelian tayar beserta khidmat pemasangan dan nasihat dari pakar tayar.

Alamat: Pusat Perdagangan Suri Putri, No. 15 & 17, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 43000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9.30 – 7.00 (Isnin-Sabtu), 9.30 – 6.00 (Ahad)

Lokasi | Laman web | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162083071


6. Oscar Tyre Sdn. Bhd

Terletak di Seksyen 34, kedai tayar Oscar Tyre Sdn Bhd adalah antara kedai tayar yang sering dikunjungi orang ramai. Di depan kedai ada timbunan tayar bersusun-susun merupakan strategi pemasaran yang baik sebab dari jauh sudah kelihatan. Jadi memang mudah untuk pelanggan cari dan kenalpasti.

Apa yang best di kedai tayar ini ialah harga tayar yang murah dan servis yang pantas. Kebanyakan pelanggan yang pernah datang ke sini berpuas hati dan menyarankan kedai tayar ini. Tapi biasalah, kalau dah ramai yang datang memang kena lah menunggu. Biasanya masa menunggu lebih lama berbanding masa mendapatkan servis. Tapi berbaloi lah dengan harganya.

Alamat: 1, Jalan B 34/B, Taman Perindustrian Bukit Kemuning, 40470 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9.00 – 7.30 (Isnin-Sabtu), 9.00 – 5.00 (Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0122323210


7. S One Tyre & Spot Rim

Terletak di Setia Alam, kedai tayar S One Tyre & Spot Rime menawarkan perkhidmatan penjualan dan servis tayar kereta. Tayar baharu dan terpakai pun ada di sini cuma kena buat tempahan awal dan pastikan harganya tepat. Ruang kerja di sini bersih dan luas ditambah dengan pelbagai pilihan tayar dan spot rim.

Apa yang best di kedai tayar ini adalah harga tayar yang murah. Rata-rata pelanggan yang pernah datang ke sini berpuas hati dengan harga, selain sikap staf yang mesra pelanggan dan kepantasan menyelesaikan masalah tayar kenderaan mereka.

Alamat: No 1-G, Jalan Setia Utama AT U13/AT, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 – 7.00)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0358926178


8. CN Auto Tyre Sdn Bhd (HQ)

Terletak di Seksyen 17, kedai tayar CN Auto Tyre Sdn Bhd memang besar dan luas. Kalau nak tahu, kedai tayar ini sudah lama bertapak dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Selain menyediakan servis tayar, penjualan tayar baharu dan terpakai, kedai tayar ini juga menawarkan banyak pilihan tayar dan spot rim dari pelbagai jenama dengan harga mampu milik.

Apa yang best di kedai tayar ini mekaniknya terdiri daripada staf terlatih dan mahir khusus dalam pengendalian tayar kenderaan. Kebanyakan pelanggan sangat berpuas hati dengan sikap profesional mekanik dalam menyelesaikan masalah tayar yang dihadapi.

Alamat: No 41, 43, 45 & 47, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9.00 – 7.00 (Isnin-Sabtu), 9.00 – 5.00 (Ahad)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162013063


9. KB Maju Auto 

Terletak di Seksyen 15, kedai tayar KB Maju Auto menawarkan perkhidmatan menjual dan menukar tayar kenderaan khususnya kereta. Mekanik di sini terlatih dan mesra pelanggan, serta transparen dalam bab pengendalian masalah tayar. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan harga yang berpatutan dan sikap profesional mekanik di sini.

Apa yang best di kedai tayar ini ialah pelanggan boleh menyemak harga tayar sebelum membuat tempahan. Jadi boleh lah berunding dahulu sehingga bersetuju dengan harga akhir. Ok lah kan, tidak lah gerun sangat bila nak membayar nanti sebab dah tahu berapa yang kena bayar.

Alamat: Dataran Otomobil, 80-G, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 10.30 – 7.00 (Isnin-Sabtu), Ahad (10.30 – 2.00)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0194446878

Whatsapp KB Maju


10. E.D Tayar dan Bateri

Terletak di Seksyen 24, kedai tayar E.D Tayar dan Bateri ada menawarkan servis penukaran dan penyelenggaraan tayar kereta. Barangan tayar dan spot rim kebanyakannya datang dari negara Thailand, China, Korea dan Malaysia jadi harga yang ditawarkan berpatutan dengan bajet pelanggan.

Apa yang best di kedai tayar ini ialah harga tayar dan sevis pemasangan sudah ditetapkan terlebih dahulu. Harga pakej untuk tayar, spot rim, alignment, balancing dan servis pemasangan pun ada. Ini memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut citarasa dan bajet sendiri.

Alamat: 4&6, Jalan Bawang, Jalan 24/36, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam (Ahad tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0106623998

×

Shopping Cart

{{ item.name }}

{{ item.quantity }} x {{ item.attributes.friendly_price }}

Cart is empty! Subtotal: {{ totalPriceFormat }}